3 TIPS UNTUK LIPMATTE TIDAK MELEKAT DI MASK
BETULKAH WANITA TETAP PERLUKAN LIPMATTE WALAUPUN MEMAKAI MASK?
Sebahagian daripada mereka menganggap penggunaan kosmetik iaitu terutama sekali lipstick atau lipmatte di bahagian amatlah penting. Hal ini kerana untuk menjadikan bibir mereka kelihatan lebih segar dan tidak pucat seperti mayat hidup.
Namun, kebanyakkan daripada mereka mengeluh kerana apabila mengenakan sesuatu lipstick atau lipmatte wajib lipmatte itu akan meninggalkna kesan di mask itu nanti dan yang paling menyedihkan ada juga yang mengadu bahawa lipmatte yang mereka gunakan itu tidak memberi apa- apa kesan di bibir setelah surgical mask itu ditanggalkan.
Di sini, saya ingin menyatakan 3 tips agar lipmatte anda tidak tertanggal atau tidak melekat di surgical mask.
3 TIPS AGAR LIPMATTE TIDAK MELEKAT DI SURGICAL MASK
1. SCRUB BIBIR
- Scrub bibir adalah sesuatu perkara yang biasa didengarkan oleh semua orang yang menitik beratkan tentang kecantikan tetapi sebenarnya ramai tidak tahu bahawa scrub bibir juga membantu lipmatte anda itu tahan dengan lebih lama dan akan mengelakkan lipmatte itu melekat di mask anda. Ini kerana ia akan menanggalkan seluruh kulit mengelupas di bibir anda dan akan menjadikan bibir hampa menjadi halus dan merah semula jadi.
Bagi iolls kan tak kisahlah scrub bibir jenama apa pun yang penting scrub bibir itu tidak akan memudaratkan bibir hampa nanti tau..nak yang paling selamat hampa boleh buat sendiri sahaja scrub itu dekat rumah π
2. LIP BALM
- Lip balm sangat la penting untuk mengekalkan tekstur bibir kita agar tidak kering dan mengelupas. Hal ini kerana apabila mengenakan sesuatu lipmatte bibir hampa akan cepat kering dan kelihatan garis-garis di bibir. Ada juga akan mengalami bibir yang mengelupas dan pedih. Jadi untuk menggelakan perkara tersebut terjadi perlulah menyapu lip balm di bibir hampa. Lip balm selalunya hampa boleh dapat kan di drugstore atau pasar raya besar. Experience saya sendiri hampa boleh memilih rangkaian lip balm jenama Wardah kerana harganya yang berpatutan dan paling penting lip balm nya akan memberi kelembapan yang berpanjangan.
Inilah contoh-contoh lipbalm wardah yang hampa boleh beli di semua drugstore atau online shop tau.. untuk sesiapa bertanya dah semestinya favourite I adalah yang berwarna hijau tu weh kerana dia tiada warna dan bila hampa apply kat bibir rasa segar ja tauππ
3. PEMILIHAN LIPMATTE YANG SESUAI
- Pemilihan lipmatte yang sesuai amatlah penting untuk semua para wanita. Walaupun lipmatte yang dijual didalam drugstore mempunyai harga yang tinggi tetapi lipmatte tersebut sudah mempunyai sijil yang selamat dan tidak mengandungi bahan yang memerbahaya pada bibir kita semua. Jika hampa ingin lipmatte yang tahan lama, hampa boleh mencuba produk terbaru dari Wardah kosmetik iaitu Colorfit Last All Day Lip Paint. Lipmatte yang terbaharu ini didatangi dengan 12 shade warna dan yang paling penting iainya transferproof dan tahan sehingga 12 jam tau.
ok ni I dah try dah tau betui kah transferproof. So, hampa boleh tengok yang xmelekat pon lipmatte dekat mask i tadi hampa tetapi dengan syarat hampa kena bagi lipmatte tu kering dulu la baru pakai mask tu jadi barulah dia tak melekat ππ ..
P/s: Shade warna yang I guna adalah code 02
PENGALAMAN BEKERJA DI WARDAH
Sebelum terlupa izinkan saya perkenalkan diri terlebih dahulu iaitu nama saya Fatin Najihah Bt Ismail, berumur 21 tahun dan telah berkerja dengan Wardah ini sudah hampir 3 bulan. Saya berasal di Kedah tetapi bekerja di kaunter wardah di Guardian Medan Raja Syed Alwi, Kangar Perlis.
Syukur ke hadrat Illahi kerana alhamdulilah walaupun saya ini graduan baru dan tidak pernah mempunyai pengalaman kerja yang tetap tetapi Wardah masih memilih saya bekerja bersama mereka.
Sepanjang 3 bulan saya bekerja di Wardah, boleh dikatakan banyak juga pengalaman yang saya dapat antaranya saya perlu tahu segala jenis produk Wardah dan paling penting basic makeup itu penting sebagai seorang Beauty Advisor Wardah. Apa yang paling best bekerja dengan Wardah ini adalah mereka menyediakan kelas makeup, tiktok, dan blogger secara percuma tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Pengalaman yang paling saya tidak boleh lupa adalah cara untuk kita tarik perhatian pelanggan agar tetap memilih skincare dan kosmetik Wardah ini. Sebelum ini saya adalah seorang pemalu tetapi selepas berkhidmat walaupun baru 3 bulan saya sudah dapat mengetahui bakat terpendam saya iaitu saya amatlah berminat dengan kecantikan semua ini. Terima Kasih Wardah kerana telah memberi peluang keemasan kepada saya ini dan telah memberi inspirasi kepada saya untuk tetap tidak berputus asa di zaman Covid-19 ini.
Maka dengan itulah yang saya dapat ringkas serba sedikit tentang diri saya.. ohh sebelum terlupa jom baca pantun saya yang tak seberapa ini untuk menjadi penutup blog saya pada kali ini.
Dari Changlun ke Jalan Raja Syed Alwi,
Hanya untuk membeli produk Wardah lagi,
Selesai sudah blog pada kali ini,
Mana tahu ada idea kita boleh berkarya lagi.
Semoga tips itu tadi sangat berguna untuk hampa ok
Sekian,
Fatin Najihah Ismail
Beauty Advisor Wardah 2021




Comments
Post a Comment